Salam, rasanya dah lama gak aku tak log in dalam blog ni.....adalah dalam 5 bulan kot...hehehe.
Hari ni nak cerita tentang tajuk diatas tu, sedikit kelakar dan agak menyedihkan. Cerita begini, sempena raya cina tempoh hari aku balik ke kampung halaman. Masa tu kan musim hujan,jadi suasana dalam bus tu pun sejuk ditambah pula pemandangan diluar yang hujan je. Sedaplah diri ini membuta. Tapi yang tak bestnya naik bus tran..... yg entahlah nak cakap ape.. Polisinya kot yang x pegang pada masa... Masa singgah ambik penumpang kat mana ntah boleh dia berhenti kat situ hampir satu jam, alasannya bab nak btulkan sedikit kerosakan...Bila penumpang tnya dia leh jawab x pew awak gik lah minum2 dulu....pergh rasa panas giler time tu....Pas dah satu jam tu, barulah dia berjalan kembali....Then aku pun ape lagi, membuta lah sampailah tiba di Endau Rompin..masa tu pkul 6 pagi.Aku tetiba diserang sakit perut yang amat menyakitkan kalbu ku..hehehe. Aku pun mintaklah kat pak cik tu benti kat mana2 bab kawe dak tahan nak membuang. Pastu pak cik tu pun berhentilah kat satu surau bab dah waktu subuh kan sembahyanglah sekali..Pas solat subuh tu, perjalanan pun diteruskan....Kawe ni teruskan ngan aktiviti membuta nya tu...Nak tahu ape yang terjadik....aku terlepas perhentian..patutnya berhenti kat terminal bus mersing tapi bab syok sangat tido maka terlepaslah perhentian tu..aku pun x sedar masa tu...aku sedar pun bab nak minum air..Aku perhatikan keadaan diluar yang banyak pokok sawit yang kene tebang...Aku terkejut, macam aku kenal tempat ni tapi dimana ye...hah, ni kawasan nak masuk kampung aku ni, aku apalagi menjerit macam nak pecah satu bus tu mintak pemandu berhenti. Namun apelah nasib aku pak cik bus tu tgh dengar lagu pahtu pakai ear phone plak wawawa..Then, dengar kat belakang ada satu pak cik ni dok bebel kat belakang, dah tahu nak berhenti pi lah kat depan...aku pun gik lah kat depan. Ckp ngan pemandu bus tu aku dah terlepas dua perhentian yang aku patutnya turun... Pak cik tu ape lagi dengan muka selambanya membebel lah kat aku....dia cakap aku ni penipu bab beli tiket turun kat mersing tapi nak turun kat perjalanan ke kota tinggi...Aku pun dok diamlah nak membalas pun salah aku kan...Sampai kat sungai ara aku pu diturunkan, terpaksalah tnggu bus nak patah balik ke simpang masuk kampung aku....Masa tu aku pesan kat diri aku lain kali jgn dok tidor jew...ni lh padahnya...wawawa...
Saturday, February 5, 2011
Saturday, May 15, 2010
Kebosanan yang membingungkan kepala.....
argh.............sendat otakku..baru seminggu aku bercuti tapi rasanya macam dah setahun. Rindu pula pada bilik ku di unversiti sana. Rindu nak menelek buku. But not buku pelajaran (hehehehe), tapi yang aku maksudkan buku cam novel, cerpen ( karya shahnon ahmad"ranjau sepanjang jalan" baca berkali - kali pun x bosan.), buku tentang alam dan haiwan, but x lupa juga buku2 agama...( baru habis baca jilid kedua,"kejadian alam")..... tapi masa time sebelum cuti aku tu ari rasa cam nak giler, rasa time tu juga nak balik. Tapi mungkin kebosanan ni terjadi sebab aku x de bnyak kerja kot....Erm, dah dua ari aku mengemas dapur baru, mengecat, mambsuh n sebagainya. Macam tu pnya bnyak kerja pun masih rasa bosan...hehehe...Tapi aku rasa pas ni x bosan kot....dah jumpa geng nak main game....heheheh...k lah aku nak pergi main game ni...bye..wassalam.
GELAP

Gelap,
Umpama malam tanpa bulan,
ibarat orang buta,
bagaikan secangkir kopi,
gelap sungguh gelap
Manusia bertebaran umpama tiada panduan,
menagih simpati pada yang kasihan,
namun masih adakah insan berhati nurani,
menghulur tanpa meminta kembali.
Gelap,
umpama hitamnya si tampuk manggis,
begitu juga hati mereka,
Harta dan pangkat ibarat kekasih,
hilang ia bagai hilang nyawa dari badan
Indah dunia kini tiada serinya,
dinodai aura - aura kekejaman,
yang kuat menindas yang lemah,
yang lemah mengharap simpati
Kemana hilangnya hatimu,
hati yang bersih suci,
hati yang mengenal erti kasihan,
melihat insan yang tertindas
Muncul pula insan pembawa keadilan,
namun kau keji mereka,
kejian kata - kata nista,
ibarat sembilu tajam menusuk
Mereka kau kata kolot,
mereka kau kata penghasut,
mereka ko kata pendusta,
mereka kau kata duri dalam daging
Hakikatnya dirimu taku,
takut hartamu diragut,
takut maruah dan pangkatmu jatuh,
takut hilang kepercayaan
Kau sememangnya manusia penakut,
berdiri di sebalik nama dan pangkat,
menindas insan yang kerdil,
yang boleh kau pergunakan
Nah, sekarang lihat dengan mata kepalamu sendiri,
mereka menentang mu tanpa belas,
walau dengan kudrat yang kecil,
namun mampu mengoyah peganganmu....
Friday, May 14, 2010
Keperluan dan Keinginan....
Kita sebagai manusia biasa sememangnya mempunyai pelbagai keinginan. Yang kadang kala tidak mampu difikir oleh akal dan minda manusia. Keperluan bermaksud sesuatu yang diperlukan untuk menruskan kehidupan dan juga melengkapi perkara - perkara asas. Keinginan pula merupakan sesuatu yang kita ingin selain dari benda - benda yang menjadi asas kehidupan. Nampakkan perbezaannya. Namun pada hari ini manusia mula berkeinginan untuk meminta dan mengkehendaki sesuatu yang bukannya keperluan mahupun keinginan. Yang diingini merupakan satu kehendak yang berlandaskan nafsu semata - mata. Mereka berkehendakkan sesuatu yang melebihi tahap kemampuan manusia itu sendiri.Dan ada pulak segelintir manusia yang mahu mencabar kuasa tuhan..Contohnya, usaha untuk mengklonkan manusia. Itu kan mencabar kuasa tuhan. Mereka bertindak dan berkeinginan untuk mencipta mahluk dan menyangka mereka mampu untuk menyaingi kuasa tuhan.Kita seharusnya memenuhi setiap keperluan dan keigininan berlandaskan hukum syarak....
Thursday, May 13, 2010
Hatiku Hatinya......
Manusia itu mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang berbeza. Mempunyai warna kulit, rupa , bangsa dan lain -lain yang berbeza. Namun hati nurani yang dikurniakan itu sama bagi setiap insan. Hanya yang membezakannya ialah bagaimana orang yang punyainya mencorak dan mendidik ia agar menjadi sesuci yang mungkin tanpa tercalit sebarang noda hitam. Tak semua orang itu mampu menjadi sama dengan yang lain tanpa izin Yang Esa. Kita mampu untuk mengubahnya agar menjadi yang sebaik mungkin kerana Allah memberi kita hak untuk mengubah takdir yang ditentukan olehnya kerana Allah itu adil. Kata orang, hati seseorang itu akan mencerminkan dirinya, namun sejauh mana kebenaranya, sama - samalah kita memikirkannya. Teringat aku, ketika seorang ilmuwan yang dengan tegasnya mengatakan tentang perkara yang bersangkut dengan benda ini. Beliau memberi contoh yang biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari- hari. Contohnya ialah, seorang sahabat yang mengatakan datuknya garang tapi hatinya baik. Ini kerana datuknya memang garang ketika seseorang itu melakukan kesalahan. Tapi ilmuan ini mengatakan datuk itu sememangnya mempunyai hati yang tidaka baik kerana suka marah - marah. Beliau menegaskan, jikalau dia mempunyai hati yang baik tentunya dia tidak akan marah - marah kerana marah itu amalan syaitan katanya. Dengan mudah dia mengatakan sewajarnya perkara itu. Oh, sungguh terkejut diriku. Apakah dengan memarahi perkara yang salah adakah dikira satu kesalan bagi datuk itu. Bagiku, kita walaupun sebaik manapun ataupun tinggi ilmu agamanya tidak berhak untuk menentukan bagaimana hati seseorang itu hanya berdasarkan sikap luaranya.Contohnya orang yang menderma kepada anak- anak yatim. Luaranya ia ingin menderma namun sebaliknya didalam hatinya yang ingin dirinya dipuji dan disanjung.. Lihatlah, bagaimana kita nak menilai hati manusia itu. Kita mengatakanya baik dengan perbuatannya namun hakikatnya. Seterusnya kita lihat pada kisah seorang pelacur yang memberi seekor anjing yang sedang kehausan minum air, sehingga Allah memberikannya ganjaran syurga (jika salah tolong betulkan). Pada pandangan kitaseorang yang bergelar pelacur itu hatinya kotor, namun kalaulah ia mempunyai hati yang kotor, bagaimana terdetik hatinya untuk memberikan anjing itu minum sedangkan kita sebagai orang Islam sendiri tidak berani untuk mendekati haiwan haram tersebut. Kesimpulanya disini, kita tidak berhak untuk sewenang - wenangnya mengatakan tentang hati seseorang itu tidak baik hanya dengan melihat perbuatan luarannya kerana yang bisa menilai hati nurani seseorang itu baik atauapun tidak hanya Allah sahaja yang berhak untuk melakukannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

