Thursday, May 13, 2010

Hatiku Hatinya......

Manusia itu mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang berbeza. Mempunyai warna kulit, rupa , bangsa dan lain -lain yang berbeza. Namun hati nurani yang dikurniakan itu sama bagi setiap insan. Hanya yang membezakannya ialah bagaimana orang yang punyainya mencorak dan mendidik ia agar menjadi sesuci yang mungkin tanpa tercalit sebarang noda hitam. Tak semua orang itu mampu menjadi sama dengan yang lain tanpa izin Yang Esa. Kita mampu untuk mengubahnya agar menjadi yang sebaik mungkin kerana Allah memberi kita hak untuk mengubah takdir yang ditentukan olehnya kerana Allah itu adil. Kata orang, hati seseorang itu akan mencerminkan dirinya, namun sejauh mana kebenaranya, sama - samalah kita memikirkannya. Teringat aku, ketika seorang ilmuwan yang dengan tegasnya mengatakan tentang perkara yang bersangkut dengan benda ini. Beliau memberi contoh yang biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari- hari. Contohnya ialah, seorang sahabat yang mengatakan datuknya garang tapi hatinya baik. Ini kerana datuknya memang garang ketika seseorang itu melakukan kesalahan. Tapi ilmuan ini mengatakan datuk itu sememangnya mempunyai hati yang tidaka baik kerana suka marah - marah. Beliau menegaskan, jikalau dia mempunyai hati yang baik tentunya dia tidak akan marah - marah kerana marah itu amalan syaitan katanya. Dengan mudah dia mengatakan sewajarnya perkara itu. Oh, sungguh terkejut diriku. Apakah dengan memarahi perkara yang salah adakah dikira satu kesalan bagi datuk itu. Bagiku, kita walaupun sebaik manapun ataupun tinggi ilmu agamanya tidak berhak untuk menentukan bagaimana hati seseorang itu hanya berdasarkan sikap luaranya.Contohnya orang yang menderma kepada anak- anak yatim. Luaranya ia ingin menderma namun sebaliknya didalam hatinya yang ingin dirinya dipuji dan disanjung.. Lihatlah, bagaimana kita nak menilai hati manusia itu. Kita mengatakanya baik dengan perbuatannya namun hakikatnya. Seterusnya kita lihat pada kisah seorang pelacur yang memberi seekor anjing yang sedang kehausan minum air, sehingga Allah memberikannya ganjaran syurga (jika salah tolong betulkan). Pada pandangan kitaseorang yang bergelar pelacur itu hatinya kotor, namun kalaulah ia mempunyai hati yang kotor, bagaimana terdetik hatinya untuk memberikan anjing itu minum sedangkan kita sebagai orang Islam sendiri tidak berani untuk mendekati haiwan haram tersebut. Kesimpulanya disini, kita tidak berhak untuk sewenang - wenangnya mengatakan tentang hati seseorang itu tidak baik hanya dengan melihat perbuatan luarannya kerana yang bisa menilai hati nurani seseorang itu baik atauapun tidak hanya Allah sahaja yang berhak untuk melakukannya.

No comments:

Post a Comment