Saturday, May 15, 2010

Kebosanan yang membingungkan kepala.....

argh.............sendat otakku..baru seminggu aku bercuti tapi rasanya macam dah setahun. Rindu pula pada bilik ku di unversiti sana. Rindu nak menelek buku. But not buku pelajaran (hehehehe), tapi yang aku maksudkan buku cam novel, cerpen ( karya shahnon ahmad"ranjau sepanjang jalan" baca berkali - kali pun x bosan.), buku tentang alam dan haiwan, but x lupa juga buku2 agama...( baru habis baca jilid kedua,"kejadian alam")..... tapi masa time sebelum cuti aku tu ari rasa cam nak giler, rasa time tu juga nak balik. Tapi mungkin kebosanan ni terjadi sebab aku x de bnyak kerja kot....Erm, dah dua ari aku mengemas dapur baru, mengecat, mambsuh n sebagainya. Macam tu pnya bnyak kerja pun masih rasa bosan...hehehe...Tapi aku rasa pas ni x bosan kot....dah jumpa geng nak main game....heheheh...k lah aku nak pergi main game ni...bye..wassalam.

GELAP



Gelap,
Umpama malam tanpa bulan,
ibarat orang buta,
bagaikan secangkir kopi,

gelap sungguh gelap

Manusia bertebaran umpama tiada panduan,
menagih simpati pada yang kasihan,
namun masih adakah insan berhati nurani,
menghulur tanpa meminta kembali.

Gelap,
umpama hitamnya si tampuk manggis,
begitu juga hati mereka,
Harta dan pangkat ibarat kekasih,
hilang ia bagai hilang nyawa dari badan

Indah dunia kini tiada serinya,
dinodai aura - aura kekejaman,
yang kuat menindas yang lemah,
yang lemah mengharap simpati

Kemana hilangnya hatimu,
hati yang bersih suci,
hati yang mengenal erti kasihan,
melihat insan yang tertindas

Muncul pula insan pembawa keadilan,
namun kau keji mereka,
kejian kata - kata nista,
ibarat sembilu tajam menusuk

Mereka kau kata kolot,
mereka kau kata penghasut,
mereka ko kata pendusta,
mereka kau kata duri dalam daging

Hakikatnya dirimu taku,
takut hartamu diragut,
takut maruah dan pangkatmu jatuh,
takut hilang kepercayaan

Kau sememangnya manusia penakut,
berdiri di sebalik nama dan pangkat,
menindas insan yang kerdil,
yang boleh kau pergunakan

Nah, sekarang lihat dengan mata kepalamu sendiri,
mereka menentang mu tanpa belas,
walau dengan kudrat yang kecil,
namun mampu mengoyah peganganmu....

Friday, May 14, 2010

Keperluan dan Keinginan....

Kita sebagai manusia biasa sememangnya mempunyai pelbagai keinginan. Yang kadang kala tidak mampu difikir oleh akal dan minda manusia. Keperluan bermaksud sesuatu yang diperlukan untuk menruskan kehidupan dan juga melengkapi perkara - perkara asas. Keinginan pula merupakan sesuatu yang kita ingin selain dari benda - benda yang menjadi asas kehidupan. Nampakkan perbezaannya. Namun pada hari ini manusia mula berkeinginan untuk meminta dan mengkehendaki sesuatu yang bukannya keperluan mahupun keinginan. Yang diingini merupakan satu kehendak yang berlandaskan nafsu semata - mata. Mereka berkehendakkan sesuatu yang melebihi tahap kemampuan manusia itu sendiri.Dan ada pulak segelintir manusia yang mahu mencabar kuasa tuhan..Contohnya, usaha untuk mengklonkan manusia. Itu kan mencabar kuasa tuhan. Mereka bertindak dan berkeinginan untuk mencipta mahluk dan menyangka mereka mampu untuk menyaingi kuasa tuhan.Kita seharusnya memenuhi setiap keperluan dan keigininan berlandaskan hukum syarak....

Indahnya kasih ibu umpama indahnya alam maya ini. Hangat dan tenteramnya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Pengorbananya disanjung tinggi. Jasamu tetap disanubari..Selamat Hari Ibu buat ibuku yang tersayang.

Thursday, May 13, 2010

Hatiku Hatinya......

Manusia itu mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang berbeza. Mempunyai warna kulit, rupa , bangsa dan lain -lain yang berbeza. Namun hati nurani yang dikurniakan itu sama bagi setiap insan. Hanya yang membezakannya ialah bagaimana orang yang punyainya mencorak dan mendidik ia agar menjadi sesuci yang mungkin tanpa tercalit sebarang noda hitam. Tak semua orang itu mampu menjadi sama dengan yang lain tanpa izin Yang Esa. Kita mampu untuk mengubahnya agar menjadi yang sebaik mungkin kerana Allah memberi kita hak untuk mengubah takdir yang ditentukan olehnya kerana Allah itu adil. Kata orang, hati seseorang itu akan mencerminkan dirinya, namun sejauh mana kebenaranya, sama - samalah kita memikirkannya. Teringat aku, ketika seorang ilmuwan yang dengan tegasnya mengatakan tentang perkara yang bersangkut dengan benda ini. Beliau memberi contoh yang biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari- hari. Contohnya ialah, seorang sahabat yang mengatakan datuknya garang tapi hatinya baik. Ini kerana datuknya memang garang ketika seseorang itu melakukan kesalahan. Tapi ilmuan ini mengatakan datuk itu sememangnya mempunyai hati yang tidaka baik kerana suka marah - marah. Beliau menegaskan, jikalau dia mempunyai hati yang baik tentunya dia tidak akan marah - marah kerana marah itu amalan syaitan katanya. Dengan mudah dia mengatakan sewajarnya perkara itu. Oh, sungguh terkejut diriku. Apakah dengan memarahi perkara yang salah adakah dikira satu kesalan bagi datuk itu. Bagiku, kita walaupun sebaik manapun ataupun tinggi ilmu agamanya tidak berhak untuk menentukan bagaimana hati seseorang itu hanya berdasarkan sikap luaranya.Contohnya orang yang menderma kepada anak- anak yatim. Luaranya ia ingin menderma namun sebaliknya didalam hatinya yang ingin dirinya dipuji dan disanjung.. Lihatlah, bagaimana kita nak menilai hati manusia itu. Kita mengatakanya baik dengan perbuatannya namun hakikatnya. Seterusnya kita lihat pada kisah seorang pelacur yang memberi seekor anjing yang sedang kehausan minum air, sehingga Allah memberikannya ganjaran syurga (jika salah tolong betulkan). Pada pandangan kitaseorang yang bergelar pelacur itu hatinya kotor, namun kalaulah ia mempunyai hati yang kotor, bagaimana terdetik hatinya untuk memberikan anjing itu minum sedangkan kita sebagai orang Islam sendiri tidak berani untuk mendekati haiwan haram tersebut. Kesimpulanya disini, kita tidak berhak untuk sewenang - wenangnya mengatakan tentang hati seseorang itu tidak baik hanya dengan melihat perbuatan luarannya kerana yang bisa menilai hati nurani seseorang itu baik atauapun tidak hanya Allah sahaja yang berhak untuk melakukannya.

Thursday, April 1, 2010

Kenapa Kau Perlu Menangis


Selamat kembali kepada pembaca sekalian...Berjumpa kita lagi nampaknya. Wadah yang ingin saya utarakan hari ini "Kenapa Kita Perlu Menangis"..
Menangis merupakan satu cara untuk kita melepaskan segala masalah, beban even anything yang membuatkan kita ingin menangis. Menangis adalah cara paling mudah untuk melepaskan perasaan tanpa perlu untuk kita membayar satu sen.
Tapi sesetangah orang mengatakan menangis menandakan kita ini lemah, mudah mengalah dan pelbagai lagi pandangan yang negatif. Namun sejauh mana kebenaran andaian yang diberikan, hanya kita yang mengalami situasi tersebut dapat menetukan betulkah kita menangis kerana kita lemah????
Bagi aku menangis itu merupakan satu permulaan kepada langkah yang baru. Contohnya, menangis kerana mendapat result yang teruk dalam exam. Tentunya bagi sesetengah orang perkara ini normal thing in life but sesetengah orang mungkin mengangap ia amat penting seolah2 mareka kalah dalam pertarungan. Ye, sambil menangis kita akan mengimbas kembali kenapa kita gagal, dan apakah penyebabnya.. Dan selepas itu kita mula merangka apa yang perlu dibuat untuk menangani kegagalan tersbut. Mungkin diri ini jauh dari yang esa n mungkin kita ada dosa2 yang belum diamapunkan , x kira lah samada dari ibu bapa, kawan2 or org lain.
Dan bagi kaum adam pula, menangis sering dikatakan lambang maruah. Jika seorang lelaki menangis orang cakap x macho n sebagainya. Tapi mereka yang mengatakan begitu adalah orang yang hipokrit. Kita ini manusia biasa yang mempunyai hati nurani yang mudah tersentuh. Bagi kaum hawa menangis merupakan simbolik kepada wanita, ia amat rapat dengan wanita. Ini kerana hati wanita yang mudah rapuh. Namun aku x cakap begitu, org diluar yang cakap begitu.
Apa pun perpektif orang kat luar sana tentang menangis ni, aku x kisah. Pada aku kita berhak untuk mengeluarkan pendapat yang berbeza. Kerana mengeluarkan pendapat yang berbeza dapat menolong kita berfikiran dengan lebih positif n mematang diri.


Dalam kesyahduan malam,
Kududuk menghadap Illahi,
Merenung Rezeki Dan nikmat hidup yang diberi,
Menginsafi setiap sedutan nafas yang dibelenggu dosa,
Apakah Dia akan meredhai setiap yang kulakukan,
seiring hayat ku,

Dalam kesyahduan malam,
Terdengar esakan hambanya,
memohon keampunan,
Agar dimudahkan perjalanan di Alam sana,
Namun mungkinkah doanya diterima,
Mungkinkah taubatnya diterima???

Dalam kesyahduan malam,
Terkenag daku orang berkata,
Menangis itu tanda kelemahan,
Tanda kekalahan,
Tanda yang pelbagai lagi,
Jika kau mengetahui,
Hikmah disebalik setiap tangisan,
Maka dikau tidak akan mengata,
Owh, sungguh ruginya dirimu.

Dalam kesyahduan malam,
Dia menangis tanpa henti,
Betapa kerdilnya diri ini,
Disisi mu tuhan,
Tidak sanggup untuk meminta lebih dari mu tuhan...

Terimalah doa insan kerdil ini tuhan,
daku tidak mampu untuk megeluarkan air mata lagi,
meninsafi kedaifan diri,
AMPUNKAN AKU TUHAN.....

Sunday, January 17, 2010

Bingkisan Ilmu Am

Tahukah anda......
  1. Gajah merupakan haiwan yang satu - satunya dalam dunia ini yang tidak boleh melompat.
  2. Paus biru boleh menghasilkan bunyi sehingga ke ukuran 188 desibel dan ia merupakan bunyi yang paling kuat boleh dihasilkan oleh haiwan hidup dan bunyi ini boleh didengar dari jarak 530 batu jauhnya.
  3. Terdapat lebih banyak organisma hidup di kulit seorang manusia berbanding keseluruhan jumlah manusia di planet bumi.