Monday, December 28, 2009

Orang Kita

Assalamualaikum...
Berjumpa lagi kita hari ni. Nampak x tajuk kat atas tu"orang kita". Itulah yang aku nak cakap. Aku tak maksudkan sesiapa namun sesiapa yang baca dan rasa macam diri dia berada dalam situasi ini harap korang ubahlah sikap tu ye.

Aku nak bercerita mengenai sikap peniaga - peniaga melayu yang aku rasa tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kelulusan "PHD" yang terlampau banyak dalam masyarakat kita. Tak boleh tengok orang tu berjaya or perniagaannya maju sikit mulalah membuat gosip, kononnya orang tu guna bomohlah, ada letak benda- benda yang bukan or lain- lain lagi. Mereka seolah- olah tidak senang melihat kaum mereka sendiri maju. Apa punya sikaplah.

Cuba kita lihat kedai-kedai bangsa lain contohnya cinalah, bukan untuk menimbulkan isu perkauman, tapi sebagai contoh. Jarang aku lihat orang cina yang punya "phd" sesama mereka. Dan banyak kedai - kedai mereka semuanya maju- maju walaupun mereka bersaing. Contohnya kedai makan, kadang - kadang dalam satu kedai ada ramai yang berniaga. Kan pelik macammana diaorang leh duduk satu bumbung kita tak.

Tapi minggu lepas aku telah makan- makan kat satu tempat ni, n aku lihat tulah tempat yang pertama aku lihat peniaga - peniaga melayu ramah sesama mereka. Siap bergurau senda lagi. Tak de pun aku tengok diorang jatuh bermasam muka sesama mereka, bab aku ada tanya kat abang kedai tu, dia cakap peniaga kat sini semua melayu dan diorang semua memang peramah. Yang aku tak leh tahan, diorang siap promote kedai lain walaupun pelanggan tu tak masuk kedai diorang. Dan lepas tu ada juga pelanggan yang datang kekedai diorang.

Itulah yang kita cakap, rezeki Allah ada dimana - mana. yang penting kita usaha dan sentiasa jaga hubungan kita denganya dan sesama manusia. Buangkanlah perasaan hasad dengki tu, korang tak kan kemana kalau masih dengan sikap tu. Mungkin hari ni korang berjaya dan ketawa melihat orang lain jatuh, tapi mungkin esok Allah tarik balik nikmat yang diberikan.. menyesal tak sudahlah jawabnya.

Ok lah, itu saja coretan untuk hari ini. Wassallam.

Sunday, December 27, 2009

Lelaki dan Wanita

Assalammualaikum.
Hari ini aku akan bercakap mengenai lelaki vs wanita. Sekarang ni aku tengok pelbagai isu telah timbul mengenai perbalahan antara lelaki dan wanita. Masing- masing ingin melenting apabila isu mengenai hak antara dua jantina ini dikemukakan. Maka akan wujudlah perdebatan yang maha hebat. Kalau perdebatan yang positif tak pe, ni sampai nak perang dingin itu yang tak leh diterima. Sememangnya kita yang dilahirkan sebagai sesuatu yang digelar insani di muka bumi ini haruslah saling faham memahami, tanggungjawab dan peranan masing -masing di dunia yang fana ini.Tak nak berceloteh panjang, kat bawah ni aku coretkan dengan peranan dan tanggungjawab sebagai Adam dan Hawa.
Betapa beratnya menjadi lelaki:

  1. Lelaki yang dah berkahwin kena menanggung dosanya, isteri, anak perempuan yang belum berkahwin dan anak lelaki yang belum akil baligh.
  2. Lelaki kena bertanggungjawab terhadap ibunya kalau tidak ia berdosa (terutama anak lelaki yang paling tua), perempuan yang dah kahwin perlu taat pada suami(berlandaskan syarak)dan dapat pahala.
  3. Lelaki kena bagi nafkah pada isteri dan anak2, tetapi perempuan tidak. Dalam hukum mengatakan haram bagi lagi suami menanyakan pendapatan isterinya lagi-lagi menggunakan ia tanpa kebenaran.
Sebenarnya banyak lagi benda yang harus ditanggung oleh seorang lelaki, korang cariklah sendiri. Mengikut kajian pula umur lelaki ni pendek berbanding wanita. Nak tahu kenapa?.. sebab beratnya beban dan dosa yang ditanggung olehnya. Tetapi lelaki Allah mengurniakan ia dengan beberapa keistimewaan. Bagi lelaki kat luar sana kalau tak tahu benda ni apa jenis lelaki lah diorang tu.

Betapa beratnya menjadi wanita:
  1. Aurat mereka begitu banyak perlu dijaga berbanding lelaki.
  2. Di dalam bab harta pusaka, kaum perempuan mendapat bahagian yang lebih kecil dari lelaki.
  3. Wajiblah ia taat pada suami jika tidak nerakalah tempatnya.
  4. Talak terletak pada tangan suami.
  5. Menghadapi kesusahan mengandung dan bersalin.
sama gak macam tadi, kalo korang nak tahu lebih lagi cariklah. Tambahkan pengetahuan dengan membaca.

Diakhirat nanti lelaki akan dipertnggungjawabkan keatas 4 wanita, isteri, ibunya, anak perempuanya dan juga saudara perempuanya. Manakala wanita pula tanggungjawabnya diberi kepada 4 orang, suami, ayahnya, anak lelaki dan juga saudara lelakinya. Namun wanita juga punya keistimewaan iaitu mereka boleh memilih mana2 pintu syurga yang ingin mereka masuk asalkan mereka menjaga 4 perkara iaitu solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat perintah suami dan juga menjaga kehormatannya. Lihatlah betapa Allah menyayangi kaum Hawa.

Dah bacakan! hah apalagi sedar -sedarlah wahai wanita dan lelaki, betapa dirimu disayangi disisi tuhanmu.

Apa yang aku tulis berdasrkan pembacaan dan juga pembelajaran samada melalui guru/ kelas agama. Kalau ada yang silap silalah betulkan. Sesunguhnya diriku adalah insaf yang kerdil yang perlukan bimbingan sepanjang perjalanan hidup ini.

Wallahualam.....


Diriku Insan Yang Kerdil

Assalamualaikum.....
Kepada semua pembaca blog sekalian.Sesungguhnya aku ni masih baru dalam penulisan blog ini, namun atas minat aku yang amat mendalam dan hobi ku yang suka membaca apa sahaja jenis bahan bacaan maka aku wujudkan blogku sendiri. Ini adalah ekperisi diriku.Bagi yang dah lama menceburi bidang penulisan blog ni ringan-ringankanlah tangan untuk memberi komen. Tapi komen untuk membinalah.