Thursday, November 15, 2012

Aku dah dapat keje...YAHooooooo...

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga aku mendapat pekerjaan..betul kata mak and kawan2...maybe Allah nak bagi aku rezeki lain bila aku tolak offer dari celcom tu... Skang ni dapat tawaran dari travel agent pulak... kedua2 interview dijalani pada minggu yang sama... Tapi aku memilih untuk bekerja di dalam bidang pelancongan yang memang relate dengan aku punya bidang pengajian... Walaupun starting gaji x besar mana berbanding celcom yang beri starting 2k..aku x kisah pun...pengalaman tu penting...hehehehe... Dia suh ambikoffer latter ari isnin or selasa.... Terima kasih buat mak, keluarga and kawan2 yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat aku....        

Tuesday, November 13, 2012

Nasib Badan....

Alhamdulillah...interview di celcom telah berjaya...starting gaji 2k...tpi yg sedihnya...aku terpksa tolak... Nak tahu kenape...bab aku x de kete.... dia suh aku carik kete...giler ke apa...hahahaha...mana aku nak rembat.... Tapi nak wat mcmana...bukan rezeki kita... mungkin ada kat tempat lain.... 

Pengalaman masa interview tu best giler... macam program realiti mencari bakat... dah lah lama... kena present and disoal...paling mencabar bila kita dinilai oleh rakan2 yang nak dapat kerja tu juga...sudah tentulah diorang akan hentam kita dengan soalan yang membunuh...

Tapi Alhamdulillah...bila time aku present diorang terdiam... maybe pengalaman mematangkan aku untuk confident bila time present kat depan orang...yelah time kt universiti present dalam bahasa inggeris and every week mesti ada dlm 2 atau 3 kali presentation..bila dah 4 tahun melakukan benda yang sama...benda tu jadik sebati dlam diri kita...even aku ni BI x de lah perfect ...tpi disebabkan confidentlevel tinggi  time aku present menyebabkan diorang terdiam... thanks lot to my lecture...love them very much...hehehehe..

 I love that kind of experience... Thanks kepada penemuduga kerana menemuduga secara profesional...

Air Kencing Unta Boleh Diminum?????

Pergh.. memang menghairankan apabila najis boleh diminum...Itulah reaksi pertama yang aku alami bila membaca post seorang kawan yang mengatakan air kencing unta boleh diminum bahkan boleh dijadikan salah satu ubat yang mujarab....



Didalam Hadis Sahih al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis Sahih Bukhari)


Bahkan penemuan secara saintifik telah berjaya membuktikan bahawa air kencing unta arab boleh merawat penyakit kanser...Sungguh besar kuasa Allah...Banyak lagi perkara yang manusia belum terokai didalam dunia ini...Jika lagi keajaiban yang bakal ditemui....

Nak baca lebih lanjut boleh teruskan pembacaan di laman ni http://hasnulhadiahmad.com/



Sunday, November 11, 2012

Frust Bila Tak Bekerja....

Assalamualaikum..pembuka bicara....bertemu lagi kita.... Lama rasanya x update blog ni ni...rasa dah bersarang menglahkan sarang labah2 tu...hehehehe...

Tengok tajuk post diatas, mesti korang tahu kan yang aku ketika ini sedang stress bila masih tak mendapat pekerjaan stelah hampir 2 bulan berkonvo... Mcm2 kerja sebenarnya aku dah minta namun rezeki tu bukan ditentukan untuk aku..maka x dapatlah...huhuhu

Aku ni sebenarnay tak boleh duduk tanpa buat apa2...rasa stress giler... kawan2 dah ada kerja, aku still tanam anggur... UNtuk menghilangkan sedikit stress tu, aku kerja part time kat kedai cyber cafe kepunyaan akak n abg iparku... bolehlah duk online n menghilangkan sedikit bosan...sambil tu boleh juga menambah pendapatan..x banyak pun tapi asalkan rezeki halal...

 Tapi  kelmarin Allah bagi lagi peluang untuk ditemuduga...dua hari berturut-turut....Satu kat tiram travel agent and satu lagi kat celcom...dua2 untuk jawatan executive...tpi gaji lain2... dua2 ada pro n con...aku x mahu berharap terlampau tinggi, takut jatuh pecah bederai bila x dapat... maka aku tunggu dgn sabar....


Tpi sebenarnya aku dah tolak 2 panggilan temuduga...yg ni sebab tempat kerja dia x berape strategik...nak carik umah sewa pun payah...tpi x pew...Allah dah kata, rezekinya ada dimana mana...kita jew kena usaha carik...sambil tu jgn lupa untuk berdoa...

"mcm ginilah muka aku kalo stress...hahahahaha"

Ni ada satu pesanan untuk diriku dan juga para pembaca....

Berkata Umar al-Khattab r.a: “Aku tidak takut doaku ditolak tapi aku lebih takutkan aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa".







Wednesday, July 4, 2012

Rasa dah lama dah x update blog ni.... rasa yang last aku update pun masa tgh praktikal di Melaka... Skang ni aku tgh training di Pizza Hut.... Alhamdulillah, aku dpt keje sebagai Assistant Restaurant Manager... gaji pun bolehlah....Tinggal pun kat kondominium... Bukan aku yg bayar....company yg bayar...hehehehe... Alhamdulillah juga, dpt kengkawan pun ok gak... Sedap mata memandang dan lega rasa hati ni... Tapi dalam kegembiraan, terselit kedukaan..nak tahu kenapa???... Bab aku mungkin tak dapat balik raya...huhuhu..sedih giler berita yg aku dpt tu... x pe lah, ni lah dugaan yg perlu aku terima....wawawawa....ok, lah.... nak tido dulu..esok keje shift pagi....

Sunday, May 20, 2012

Hidup ini Perlu ada pendirian, tanpa pendirian hidup kita akan terumbang ambing,
Hidup ini perlu mengikut laluan yang betul jika kita tidak mahu sesat dihujungnya,
Hidup ini Juga perlu mengikut panduan, jika mahu sentiasa bahagia.

Pendirian bukan macam tukar baju, bila nak kita pakai, bila x nak, senang2 kita tinggalkan.
Laluan dan panduan yang betul adalah laluan mengikut Islam.
Senang dan mudah diikuti tapi penuh dengan maksud tersurat dan tersirat di sebalik apa yang ditentukan.

Kita sentiasa merungut dan mengeluh dengan setiap dugaan yang kita terima.
KIta sering bertanya dan runsing, mengapa hidup ini selalu ditimpa masalah.
Namun pernahkah kita berfikir dari mana dtgnya masalah itu.
Kadang2 segala galanya berpunca dri kita sendiri.
Kita Alpa dengan kehidupan dunia, sehingga lupa pada Allah, tuhan yang menciptakan kita, memberikan kita rezeki dan macam2 lagi...
Maka sentiasalah ingt pada dirinya. Allah akan mengingati kita setiap masa.....

Wednesday, March 28, 2012

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian. ••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian. ••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. ••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya. ••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya. ••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya. ••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.