Hidup ini Perlu ada pendirian, tanpa pendirian hidup kita akan terumbang ambing,
Hidup ini perlu mengikut laluan yang betul jika kita tidak mahu sesat dihujungnya,
Hidup ini Juga perlu mengikut panduan, jika mahu sentiasa bahagia.
Pendirian bukan macam tukar baju, bila nak kita pakai, bila x nak, senang2 kita tinggalkan.
Laluan dan panduan yang betul adalah laluan mengikut Islam.
Senang dan mudah diikuti tapi penuh dengan maksud tersurat dan tersirat di sebalik apa yang ditentukan.
Kita sentiasa merungut dan mengeluh dengan setiap dugaan yang kita terima.
KIta sering bertanya dan runsing, mengapa hidup ini selalu ditimpa masalah.
Namun pernahkah kita berfikir dari mana dtgnya masalah itu.
Kadang2 segala galanya berpunca dri kita sendiri.
Kita Alpa dengan kehidupan dunia, sehingga lupa pada Allah, tuhan yang
menciptakan kita, memberikan kita rezeki dan macam2 lagi...
Maka sentiasalah ingt pada dirinya. Allah akan mengingati kita setiap masa.....
No comments:
Post a Comment