Sunday, December 27, 2009

Lelaki dan Wanita

Assalammualaikum.
Hari ini aku akan bercakap mengenai lelaki vs wanita. Sekarang ni aku tengok pelbagai isu telah timbul mengenai perbalahan antara lelaki dan wanita. Masing- masing ingin melenting apabila isu mengenai hak antara dua jantina ini dikemukakan. Maka akan wujudlah perdebatan yang maha hebat. Kalau perdebatan yang positif tak pe, ni sampai nak perang dingin itu yang tak leh diterima. Sememangnya kita yang dilahirkan sebagai sesuatu yang digelar insani di muka bumi ini haruslah saling faham memahami, tanggungjawab dan peranan masing -masing di dunia yang fana ini.Tak nak berceloteh panjang, kat bawah ni aku coretkan dengan peranan dan tanggungjawab sebagai Adam dan Hawa.
Betapa beratnya menjadi lelaki:

  1. Lelaki yang dah berkahwin kena menanggung dosanya, isteri, anak perempuan yang belum berkahwin dan anak lelaki yang belum akil baligh.
  2. Lelaki kena bertanggungjawab terhadap ibunya kalau tidak ia berdosa (terutama anak lelaki yang paling tua), perempuan yang dah kahwin perlu taat pada suami(berlandaskan syarak)dan dapat pahala.
  3. Lelaki kena bagi nafkah pada isteri dan anak2, tetapi perempuan tidak. Dalam hukum mengatakan haram bagi lagi suami menanyakan pendapatan isterinya lagi-lagi menggunakan ia tanpa kebenaran.
Sebenarnya banyak lagi benda yang harus ditanggung oleh seorang lelaki, korang cariklah sendiri. Mengikut kajian pula umur lelaki ni pendek berbanding wanita. Nak tahu kenapa?.. sebab beratnya beban dan dosa yang ditanggung olehnya. Tetapi lelaki Allah mengurniakan ia dengan beberapa keistimewaan. Bagi lelaki kat luar sana kalau tak tahu benda ni apa jenis lelaki lah diorang tu.

Betapa beratnya menjadi wanita:
  1. Aurat mereka begitu banyak perlu dijaga berbanding lelaki.
  2. Di dalam bab harta pusaka, kaum perempuan mendapat bahagian yang lebih kecil dari lelaki.
  3. Wajiblah ia taat pada suami jika tidak nerakalah tempatnya.
  4. Talak terletak pada tangan suami.
  5. Menghadapi kesusahan mengandung dan bersalin.
sama gak macam tadi, kalo korang nak tahu lebih lagi cariklah. Tambahkan pengetahuan dengan membaca.

Diakhirat nanti lelaki akan dipertnggungjawabkan keatas 4 wanita, isteri, ibunya, anak perempuanya dan juga saudara perempuanya. Manakala wanita pula tanggungjawabnya diberi kepada 4 orang, suami, ayahnya, anak lelaki dan juga saudara lelakinya. Namun wanita juga punya keistimewaan iaitu mereka boleh memilih mana2 pintu syurga yang ingin mereka masuk asalkan mereka menjaga 4 perkara iaitu solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat perintah suami dan juga menjaga kehormatannya. Lihatlah betapa Allah menyayangi kaum Hawa.

Dah bacakan! hah apalagi sedar -sedarlah wahai wanita dan lelaki, betapa dirimu disayangi disisi tuhanmu.

Apa yang aku tulis berdasrkan pembacaan dan juga pembelajaran samada melalui guru/ kelas agama. Kalau ada yang silap silalah betulkan. Sesunguhnya diriku adalah insaf yang kerdil yang perlukan bimbingan sepanjang perjalanan hidup ini.

Wallahualam.....


1 comment:

  1. urm bukan senang nak jadi perempuan bukan senang nak jadi lelaki. masing2 ader tanggungjawab masing2. kiter sebagai manusia yang penting ingat pada yang satu, pada pencipta. aku sediri kadang2 tersasar daripada landasan aku sebagai seorang manusia dan tentu jugak korang pernah buat salah. kadang2 kita tergelincir daripada landasan yang sepatutnya.
    mukadimah je panjang. aku sebenarnya nak mintak maaaf pada tuan punyer blog ni. sebab2 kslhan aku yang lalu. aku nak main2 ajer sebenarnya....
    sorry yer...

    ReplyDelete