Saturday, February 5, 2011


"Bersyukur dimana saja kita berada"

Lelaki Dan Sebuah Kereta

Alkisah, tersebutlah kisah mengenai sebuah daerah bernama iskandariah. Daerah tersebut penuh dengan golongan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kalau digambarkan dengan hidup kita sekarang sungguh dikatakan kita ni mewah. sungguh pun mereka hidup dalam daerah yang serba kekurangan namun ketaatan mereka pada yang Esa sungguh menakjubkan. Setiap masa yang ada kekosongan mereka isi dengan pelbagai aktiviti aktiviti berfaedah bukan seperti kita yang dikala masa lapang membuat benda yang merapu - rapu. Ada yang berdating, berlumba motor dan bermacam macam lagi benda yang kadang kadang melanggar norma dan nilai agama. (peringatan pada diriku juga yang sentiasa alpa).

Namun, bersebelahan daerah meraka terletak satu lagi daerah yang sifatnya sungguh bertentangan dengan daerah ini. Daerah yang ini bernama metrojalanan. Hidup penduduknya sungguh mewah ibarat duduk di lombong emas yang sentiasa penuh dengan kemewahan. Mereka sanggup terbang ke Paris semata2 ingin membeli sepasang kasut berjenama. Anak anak dibiar untuk berhibur sampai kelewat pagi. Bercampu antara lelaki dan wanita. Mendedahkan aurat, melakukan perkara - perkara yang kadang kadang sungguh tak mampu untuk akal waras kita berfikir. Nilai- nilai agama sudah mula dilupakan. Agama hanya ibarat perhiasan yang kadang - kadang dilucutkan dan dipakai bila perlu.

Disatu hari, seorang lelaki dari daerah iskandariah berhasrat untuk melawat lawat daerah ini sambil mencari cari peluang pekerjaan. Namun hasrat lelaki ini telah berubah dengan tiba - tiba apabila dia telah terserempak dengan seorang tua yang mengalami serangan jantung. Dia menolong lelaki dengan menghantarnya ke hospital yang terdekat. Sebagai balasannya, orang tu tersebut menghadiahkan sebuah kereta proton terpakai kepadanya.

Dia dengan berasa berbesar hati pulang ke daerahnya. Disinilah bermulanya kisah dia dan keretanya. Beliau sungguh menyayangi kereta tersebut. Ibarat isterinya no 2. Kemana mana dia pergi maka akan keluarlah dari mulutnya kebaikan dan kemuliaan orang tua tersebut. Dia menjaga kereta tersebut lebih dari dia menjaga ibadatnya. Isterri dan anak2 ibarat tiada didepan mata. Semua yang ada difikiran adalah kereta dan kemuliaan orang tua tersebut.
Satu hari, dia membawa keluarganya melawat orang tua tersebut. Sesampainya di daerah tersebut dia bertanya kepada orang ramai rumah orang tua yang ditolongnya. Sesampainya dirumah tersebut beliau dijemput masuk namun dengan reaksi yang amat menjengkelkan dari tuan rumah. Mereka ditanya mahu minum apa, pelbagai jenis arak ada disediakan. Meraka sungguh terkejut dengan pertanyaan itu. Meraka menolak dengan penuh kesopananan . Lelaki itu tertanya tanya dihati, mana orang tua yang ditolongnya. Akhirnya persolan terjawab, "ayah kami dah mati dua bulan lepas' jawab salah seorang anaknya. Ah, sungguh terkejut lelaki tersebut.
Sejurus dia dimaklumkan dengan berita sedih tersebut dia terkejut dengan kehadiran dua orang pemuda yang gagah. " Tangkap lelaki ini, dia mencuri kereta kami" tingkah salah seorang wanita disitu. Lelaki itu berasa gentar kerana dituduh pencuri. Dia meminta untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Selepas dia menerangkan segalanya dia dilepaskan namun kereta tersebut diambil balik. Cerita yang berlaku dipihak lelaki tua adalah demikian. Lelaki tua dulunya berasal dari daerah yang sama sepertinya namun disebabkan dia begitu dahagakn khazanah dunia dia melupakan agamanya. Dia juga merupakan tauke kilang arak walaupun dia muslim. Hidupnya penuh dengan kegiatan maksiat. Kerata yang diberinya pada lelaki tersebut adalah kereta pertamanya.
Dia mati dengan penuh keaiban, dipenuhi hutang yang berlimpah limpah dan pelbagai lagi kesulitan. Dan warisnyalah yang menaggung segalanya apabila dia mati. Maka sepatutnya kereta tersebut menjadik milik mereka. Lelaki tersebut berasa amat sedih disebabkan kereta itu ditarik kembali. Sepanjang perjalanan pulang dia dikeji dan dimaki penduduk disitu kerana tidak sedar diuntung.
Dia menangis sepuas puasnya. Lalu dia berkata kepada keluarganya, ketika aku mendapat kereta tersebut aku lupakan segalanya. Lupa yang Esa. Dia yang memberi nikmat yang lebih besar dari kereta tersebut. Memberinya nafas, penglihatan, pendengaran dan sebagainya. Namun dia lebih memuliakan orang tua tersebut dari tuhannnya. Dia merasa sungguh berdosa. Maka bertaubtlah dia berteleku memohonkan keampunan dari yang Esa.
Pengajaran dari cerita ini, sebanyak mana pun yang kita terima bersyukurlah kita. Bila diberi rezeki sentiasa beringat kepada Allah. Jangan masa tu jew ingat. Macam mesej yang selalu kita dapat dari kawan2 yg prihatin. Kita minta kpd Allah setangkai bunga segar, diberi kita kaktus berduri. Kita mintak kupu2 diberi ulat berbulu. Kita sedih dan kecewa. Namun kemudian kaktus tu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik. Itulah jalan Allah,indah pd masa yang ditetapkan. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi mengurniakan apa yang kita perlukan.




"terlena bagaikan di alam fantasi"

Aku Yang Terlena

Salam, rasanya dah lama gak aku tak log in dalam blog ni.....adalah dalam 5 bulan kot...hehehe.
Hari ni nak cerita tentang tajuk diatas tu, sedikit kelakar dan agak menyedihkan. Cerita begini, sempena raya cina tempoh hari aku balik ke kampung halaman. Masa tu kan musim hujan,jadi suasana dalam bus tu pun sejuk ditambah pula pemandangan diluar yang hujan je. Sedaplah diri ini membuta. Tapi yang tak bestnya naik bus tran..... yg entahlah nak cakap ape.. Polisinya kot yang x pegang pada masa... Masa singgah ambik penumpang kat mana ntah boleh dia berhenti kat situ hampir satu jam, alasannya bab nak btulkan sedikit kerosakan...Bila penumpang tnya dia leh jawab x pew awak gik lah minum2 dulu....pergh rasa panas giler time tu....Pas dah satu jam tu, barulah dia berjalan kembali....Then aku pun ape lagi, membuta lah sampailah tiba di Endau Rompin..masa tu pkul 6 pagi.Aku tetiba diserang sakit perut yang amat menyakitkan kalbu ku..hehehe. Aku pun mintaklah kat pak cik tu benti kat mana2 bab kawe dak tahan nak membuang. Pastu pak cik tu pun berhentilah kat satu surau bab dah waktu subuh kan sembahyanglah sekali..Pas solat subuh tu, perjalanan pun diteruskan....Kawe ni teruskan ngan aktiviti membuta nya tu...Nak tahu ape yang terjadik....aku terlepas perhentian..patutnya berhenti kat terminal bus mersing tapi bab syok sangat tido maka terlepaslah perhentian tu..aku pun x sedar masa tu...aku sedar pun bab nak minum air..Aku perhatikan keadaan diluar yang banyak pokok sawit yang kene tebang...Aku terkejut, macam aku kenal tempat ni tapi dimana ye...hah, ni kawasan nak masuk kampung aku ni, aku apalagi menjerit macam nak pecah satu bus tu mintak pemandu berhenti. Namun apelah nasib aku pak cik bus tu tgh dengar lagu pahtu pakai ear phone plak wawawa..Then, dengar kat belakang ada satu pak cik ni dok bebel kat belakang, dah tahu nak berhenti pi lah kat depan...aku pun gik lah kat depan. Ckp ngan pemandu bus tu aku dah terlepas dua perhentian yang aku patutnya turun... Pak cik tu ape lagi dengan muka selambanya membebel lah kat aku....dia cakap aku ni penipu bab beli tiket turun kat mersing tapi nak turun kat perjalanan ke kota tinggi...Aku pun dok diamlah nak membalas pun salah aku kan...Sampai kat sungai ara aku pu diturunkan, terpaksalah tnggu bus nak patah balik ke simpang masuk kampung aku....Masa tu aku pesan kat diri aku lain kali jgn dok tidor jew...ni lh padahnya...wawawa...